Saturday, 19 February 2011

A very sad incident..

SERIA, 18 Feb - Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia ekoran terkena kejutan elektrik Isnin lalu masih merasa sedih atas kejadian tragedi anaknya itu. Ibu mangsa seorang warga Penduduk Tetap berkata hari ini, semasa kejadian dia berada di kedai kawasan pasar untuk membeli keperluan sekolah anaknya itu. Semasa membeli-belah, dia menerima panggilan telefon daripada anak sulung perempuannya untuk memberitahu bahawa anaknya yang berusia 7 tahun bersama kakaknya yang kemudian menjadi mangsa telah keluar rumah untuk mencarinya di pasar. Anak lelakinya yang bersama mangsa memberitahunya semasa berjalan, mereka lalu di kawasan tepi longkang di mana kakaknya tersandung dan terpegang kepada satu wayar kabel yang bersambung ke tiang elektrik di tepi jalan tersebut. Adiknya itu terkejut melihat keadaan kakaknya yang menjerit dan menangis meminta tolong, dia cuba untuk memberikan pertolongan dengan memegang tangan kakaknya itu, tetapi terpaksa melepaskannya kerana terasa kejutan elektrik dari tangan kakaknya itu. Kakaknya itu terjatuh dan adiknya menangis dan meminta tolong kepada pekerja syarikat kontraktor yang kemudiannya membawa kakaknya ke hospital. Ibu tunggal kepada seramai 10 orang anak itu turut memberitahu dia hanya mengetahui akan kematian anaknya itu setelah tiba di rumah melalui maklumat daripada orang awam. Keluarga tersebut tinggal di Berek Lorong Tiga Selatan Seria. Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Elektrik menjelaskan bahawa peristiwa itu terjadi di salah satu tiang besi, yang membawa voltan rendah (240 volt) kabel kuasa bertebat dari sub-stesen ke tapak kerja Projek Perumahan Lorong Tiga. Saluran elektrik sementara itu dimiliki dan dikendalikan oleh kontraktor untuk membekalkan kuasa ke pejabat sementara di tapak projek. Polis bagaimanapun masih menyiasat ke atas kejadian tersebut

_ _ _ _ __ _ _ _ __ _ _ _ __ _ _ _ __ _ _ _ __ _ _ _ __ _ _ _ __ _ _ _ _


who could be blamed for this? Sendiri mau fikir lah .. Yg penting,sdh terjadi baru kan "take action?" so sad ah .. Authorities shud have not been so lalai..jabatan elektrik shud have check whether there are some faulty electric post or not di kawasan tu . Kemaskini lah.. That is their job. Eventhough it have been stated that contractors have left the high voltage wire like that after they use it for their domestic purposes,tpi if the electrical staff check awl2 dh ada wire terjuntai like that after kna gunakan,dpt dh durg complain tu. Ane .. too late .. Please be efficient .. Baru maju negara.

To the girl's family .. Takziah ..harus besbr and reda atas pemergian anak tu .. Be strong .. Everything happen with a reason.. AL-fatihah..

No comments:

Post a Comment